Wednesday, October 1, 2014

Tips Hamil plus Shaklee

Assalamualaikum w.b.t.

Perkara pertama bermain di minda bila mengetahui akan kehamilan? Tidak lain dan tidak bukan, adalah
  • Selamatkah kandunganku kali ini? 
  • Terukkah fasa loya dan muntah-muntah atau morning sickness yang akan aku lalui? 
  • Cukupkah nutrisi untuk anakku ini seandainya aku makan, kemudian makanan dikeluarkan semula? 
  • Bilakah fasa morning sickness ku ini akan berakhir?
  • Bagaimana dengan paras hemoglobin (hb) dan kencing manis nanti? Ibu hamil biasanya akan mengalami masalah ini
  • Bolehkah aku meneruskan pekerjaan dan menguruskan rumah dalam masa yg sama?
  • Adakah anakku akan membesar normal dan mengikut perkembangan yang sepatutnya?
Itulah antara pertanyaan am yang selalu membelenggu ibu-ibu yang baru disahkan hamil. Realitinya memang begitu, Di sebalik kegembiraan bakal ibu dan ayah dalam memyediakan kelengkapan anak yang baru lahir, ibu dan ayah turut sama berkongsi persoalan tentang status perkembangan janin di dalam kandungan.

Berbalik pada fasa awal mengandung iaitu Trimester 1. Mengikut pengalaman saya sendiri, saya mengalami morning sickness yang teruk. Siang dan malam mengalami loya dan muntah-muntah. Anak pula memang tidak terurus. Sampai anak yang sulung terpaksa ponteng sekolah kerana ibunya tidak larat dan pening-pening semasa hendak menghantarnya ke sekolah. Sehinggalah kawan saya memperkenalkan set mengandung/hamil Shaklee. 

Untuk Set Hamil bagi Trimester II dan III, hanya ditambah dengan Omega Guard


Omega Guard - mengandungi DHA, EPA, ALA dan lain lain asid omega-3 yang tinggi bagi membantu dalam perkembangan otak bayi. Juga membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Tambahan : Mengikut pengalaman saya, untuk meredakan loya dan muntah-muntah, saya amalkan pengambilan produk ini :


Peppermint-Ginger Plus - meredakan ketidakselesaan dalam perut, membantu mengeluarkan angin berlebihan dalam badan, mengurangkan rasa loya dan muntah-muntah. Alhamdulillah, saya mengamalkan pengambilan tablet ini semasa mabuk-mabuk (morning sickness). Hasilnya memang mengkagumkan, saya dapat menjalani kehidupan seperti biasa serta tidak menghadapi masalah untuk menguruskan anak-anak dan rumah.

InsyaAllah... sama - sama kita berusaha untuk memelihara kesihatan ibu yang hamil dan kandungan dan seterusnya kita berserah kepada Allah Yang Maha Esa.

Untuk pertanyaan lanjut, jangan segan, jangan malu. Sila hubungi saya. Free Consultation - anytime, anywhere.




0 comments: