Wednesday, October 8, 2014

Set Shaklee untuk Kanak-Kanak



Meal Shakes - menyediakan set suplemen yang mengandungi lebih 19 vitamin dan mineral. Juga terdapat kalsium dan protein dalam setiap hidangan meal shakes yang menyumbang kepada keperluan tumbesaran kanak-kanak. Rasa yang sedap iaitu French Vanilla pasti membuatkan kanak - kanak menggemarinya. Kaya dengan serat bagi mengelakkan sembelit bagi picky eater yang tidak memakan sayuran dan buah - buahan.

Omega Guard - membekalkan DHA untuk perkembangan dan fungsi otak. Menghalang daripada selesema dan batuk berpanjangan dengan meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

Chewable Vita-C Plus - sesuai untuk kanak - kanak yang menghadapi kesukaran menelan tablet. Boleh dikunyah dan mempunyai rasa sitrus. Membantu meningkatkan kadar penyerapan zat besi dari sumber bukan daging. Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta struktur am tubuh.

Berapa harga? Bagaimana cara makan? Atau ada sebarang pertanyaan, jangan malu jangan segan... sila hubungi saya,


Penangan Meal Shakes Shaklee kepada Iman Irdina

Meal Shakes? Masa kawan mula-mula suggest suruh bekalkan Iman Irdina dengan Meal Shakes, memang tak percaya pun. Yelah, dah terang-terang Iman Irdina tu.. picky eater, tak makan sayur, kurang makan nasi, tak makan buah, makan ubat pun susah dan paling teruk mengalami sembelit dan gatal-gatal pada kaki. Memang memeningkan kepala kami sebagai parents kepada beliau. Pernah cucuk di punggung untuk eczema semasa Hari Raya, sebab eczema di kaki memang tahap kronik.

Memori lepas kene cucuk akibat eczema yang teruk di kaki.. sian...

Alhamdulillah, setelah konsisten makan Meal Shakes, ada perubahan. Antaranya :
  • Makan dengan kerap. Selalunya Iman Irdina ni lebih prefer susu over nasi. Now sudah hendak makan nasi. 
  • Dah jarang kena eczema. Dah tidak perlu menggunakan krim yang mengandungi steroid yang terbukti tidak elok untuk kulit kanak-kanak
  • Dah tidak menggunakan ventolin dan seretide sepenuhnya. Semasa berumur 2 tahun, doktor sahkan Iman Irdina ada asma dan terpaksa menggunakan ventolin dan seretide apabila asma menyerang. Kini tidak lagi.
  • Jimatkan penggunaan susu. Yang ini stail ibunye, biasanya 4 scoop susu, saya gantikan dengan 3 scoop susu dan 1 scoop Meal Shakes.
  • Tiada sembelit lagi. Pembuangan menjadi lancar. Kalau dulu, asyik mengadu sakit kalau berak, sekarang sudah tidak mengadu domba lagi.
  • Alhamdulillah, sudah jarang dilanda demam. 
  • Iman Irdina pun membesar dengan aktif dan sihat. Alhamdulillah.

Pengambilan Mealshake untuk Iman Irdina sejak dari 2013

Ibarat kata, pengambilan Meal Shakes ini adalah salah satu langkah yang betul telah kami ambil. Membuatkan saya sendiri jatuh cinta dengan Shaklee dan yakin dengan produknya. Untuk info lebih lanjut berkenaan Meal Shakes Shaklee ini, sila klik di sini : Set Kanak - Kanak Shaklee




Wednesday, October 1, 2014

Shaklee's October 2014 Promo

Terbaek lah promo Shaklee bulan ni.. Energizing Soy Protein (ESP). Meh pakat ramai - ramai stock up ESP. Bukan selalu pon Shaklee buat promo ESP ni.





Jika anda mendapatkan set Combo ini, anda akan dapat tambahan kebaikan seperti 
  • FREE keahlian Shaklee*
  • FREE cash bonus*
  • FREE postage
  • FREE consultation
  • FREE jadual pemakanan
*tertakluk kepada terma dan syarat


Ibarat kata memang terbaek lah. Sebarang pertanyaan mengenai harga promosi, leh hubungi saya yer... 



Tips Hamil plus Shaklee

Assalamualaikum w.b.t.

Perkara pertama bermain di minda bila mengetahui akan kehamilan? Tidak lain dan tidak bukan, adalah
  • Selamatkah kandunganku kali ini? 
  • Terukkah fasa loya dan muntah-muntah atau morning sickness yang akan aku lalui? 
  • Cukupkah nutrisi untuk anakku ini seandainya aku makan, kemudian makanan dikeluarkan semula? 
  • Bilakah fasa morning sickness ku ini akan berakhir?
  • Bagaimana dengan paras hemoglobin (hb) dan kencing manis nanti? Ibu hamil biasanya akan mengalami masalah ini
  • Bolehkah aku meneruskan pekerjaan dan menguruskan rumah dalam masa yg sama?
  • Adakah anakku akan membesar normal dan mengikut perkembangan yang sepatutnya?
Itulah antara pertanyaan am yang selalu membelenggu ibu-ibu yang baru disahkan hamil. Realitinya memang begitu, Di sebalik kegembiraan bakal ibu dan ayah dalam memyediakan kelengkapan anak yang baru lahir, ibu dan ayah turut sama berkongsi persoalan tentang status perkembangan janin di dalam kandungan.

Berbalik pada fasa awal mengandung iaitu Trimester 1. Mengikut pengalaman saya sendiri, saya mengalami morning sickness yang teruk. Siang dan malam mengalami loya dan muntah-muntah. Anak pula memang tidak terurus. Sampai anak yang sulung terpaksa ponteng sekolah kerana ibunya tidak larat dan pening-pening semasa hendak menghantarnya ke sekolah. Sehinggalah kawan saya memperkenalkan set mengandung/hamil Shaklee. 

Untuk Set Hamil bagi Trimester II dan III, hanya ditambah dengan Omega Guard


Omega Guard - mengandungi DHA, EPA, ALA dan lain lain asid omega-3 yang tinggi bagi membantu dalam perkembangan otak bayi. Juga membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Tambahan : Mengikut pengalaman saya, untuk meredakan loya dan muntah-muntah, saya amalkan pengambilan produk ini :


Peppermint-Ginger Plus - meredakan ketidakselesaan dalam perut, membantu mengeluarkan angin berlebihan dalam badan, mengurangkan rasa loya dan muntah-muntah. Alhamdulillah, saya mengamalkan pengambilan tablet ini semasa mabuk-mabuk (morning sickness). Hasilnya memang mengkagumkan, saya dapat menjalani kehidupan seperti biasa serta tidak menghadapi masalah untuk menguruskan anak-anak dan rumah.

InsyaAllah... sama - sama kita berusaha untuk memelihara kesihatan ibu yang hamil dan kandungan dan seterusnya kita berserah kepada Allah Yang Maha Esa.

Untuk pertanyaan lanjut, jangan segan, jangan malu. Sila hubungi saya. Free Consultation - anytime, anywhere.




Sunday, September 28, 2014

Lawatan 26weeks ke Klinik Kesihatan Bukit Tunggal

Ni pon kire dh lmbt.. sepatutnye kene g 24/9/2014, tp lmbt jdnye.. yelah.. dh duk kat umah kedua (umah adik kat Chendor)... tgu time duk K.T jelah baru leh g dinung...


HB ok.. berat pon ok.. overall.. OK.. Nurse tanye mase nk balik tu..
      Nurse : vitamin byk x lagi?
      Saye   : sy makan Set Hamil Shaklee...
      Nurse : jap nk tgk hb awak.. ok doh ni.. menten jelah mkn set tu yerr...
      Saye   : OK!

Pastu start Raya Haji kene start dh wat carta gerak anak..
      Nurse : 5/10 start buat kiraan carta gerak anak yer
      Saye   : mak aihh... cepatnye... ye dop ni?
      Nurse : yerr... nok masuk 7 bln doh nih... mmg kene wat... (pastu teruskan dgn penerangan)
      Saye   : huhuhuh... eh? yelaa... berehs...

So.. tamatlah lawatan ke klinik pd hari itu.. next sy akan cite psl Set Hamil Shaklee yg sy amik.. mmg berbaloi dengan hasil yg ade... hahahaha

Friday, September 5, 2014

Perginya Cinta Hati Mengadap Ilahi...


Al - Fatihah...
Tanggal 28 April 2014.. pkol 1.01 pagi.. Perginya cinta hati ini.. Iskandar bin Marikan.. mengadap Ilahi... meninggalkan kami 3 beranak... Pemergian yg mmg tidak disangka-sangka.. Mengejutkan seluruh keluarga dan sahabat handai.. Tiada kata mampu diucap.. melainkan mengharapkan agar dirimu tenang di sana.. mengharapkan agar kami yg ditinggalkan tabah menempuh kehidupan tanpamu.. Kami akan merinduimu.. malah di waktu ini, kerinduan amat tidak tertahan lg.. segala perilaku.. gelak tawa.. nasihat.. gurauan.. febretnya.. bajunya.. barang2 miliknya.. gambarnya.. dan sebagainya...